Perisian ini boleh digunakan untuk memaparkan turutan kekunci yang perlu ditekan di Handphone, menerusi teks RingTones yang terdapat banyak di internet. Selain dari itu anda juga boleh mendengar alunan bunyi yang dihasilkan oleh sesebuah RingTones tersebut.
Ia mudah saja digunakan iaitu dengan meng'Copy' terlebih dahulu sesebuah teks RingTones dari sesebuah laman web dan kemudian mem 'Paste' kannya didalam perisian ini. Setelah itu anda boleh mendengar bunyi muziknya dan juga boleh mengetahui kekunci mana yang perlu ditekan untuk menghasilkan RingTones tersebut didalam Handphone anda.
Anda perlu masuk dalam mode 'composer' di telefon bimbit Nokia anda terlebih dahulu dan mengikut turutan kekunci yang akan dipaparkan oleh perisian ini.
Download
Untuk mencuba perisian ini sila muatturun (download) menerusi link dibawah:-
pndncubaan.zip
Paparan perisian dan penerangan
Bagaimana untuk meng'Copy' sesebuah RingTones
Apabila anda menjumpai sesebuah laman web yang memaparkan Teks Ringtones anda perlu copy teks tersebut untuk dimasukkan alam perisian ini. Cara untuk 'copy'nya adalah seperti berikut.
- Bawa mouse ke teks permulaan sesebuah Ringtones.
- Tekan mouse disebelah kanan dan jangan lepas.
- Sambil terus menekan mouse, bawa mouse tersebut ke penghujung teks Ringtones.Pastikan terdapat warna 'highlight' disebalik teks tersebut.
- Lepaskan mouse yang ditekan, dan bawakannya dimana-mana sekitar tempat teks yang telah dihighligtkan.
- Tekan mouse sebelah kiri di tempat teks yang telah di'highlight'kan dan pastikan menu seperti Undo,Cut,Copy,Paste...dipaparkan.
- Kemudian klik pada 'Copy' pada menu tersebut. Kini Ringtones tersebut telah pun dicopy kedalam clipboard komputer anda.
Sekarang setelah selesai proses meng'Copy' kini anda bolehlah membuka perisian penterjemah RingTones ini.Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengklik pada butang 'Paste Ringtones'. Ringstones yang telah anda 'copy' sebentar tadi akan disalin kedalam ruangan teks di perisian 'Penterjemah Ringtones' tersebut.
Untuk mendengar bunyi muziknya klik pada butang 'Play'. Untuk mengetahui turutan kekunci , klik pada butang 'Turutan Kekunci'. Anda boleh mengikut turutan kekunci tersebut untuk dimasukkan kedalam handphone anda.
Dalam versi cubaan, dimasukkan beberapa paparan untuk menghadkan perisian tersebut. Dalam versi asal anda boleh menggunakannya tanpa sebarang had dan gangguan.Harga perisian asal hanya RM 3.00.
Pembelian Versi Asal
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perisian versi asal anda cuma perlu memasukkan RM 3.00 keakaun:
Maybank - 112183183268
atau akaun
RHB Bank - 11201300658850.
Sila email kepada saya, fnd1@hotmail.com sekiranya bayaran telah dibuat. Saya akan hantar 'perisian asal' tersebut ke email anda.
Anda juga boleh menghantar mesej kepada saya sekiranya terdapat sebarang persoalan atau cadangan yang ingin dikemukakan.
No H/phone: 019 - 2573051