Anda boleh bertukar barang untuk membuat pembelian bagi permainan-permainan disini. Caranya ialah dengan menghantar barang-barang tersebut ke rumah saya terutamanya buku-buku lama berbahasa melayu yang berbentuk ilmu dan akademik seperti 'Pengajian Tamadun Islam' atau yang berkaitan dengan sejarah-sejarah besar dunia.
Jumlah permainan yang akan dihantar berdasarkan kepada harga buku-buku tersebut. Sebaik-baiknya harga buku-buku tersebut biarlah dalam lingkungan RM20 ~ RM50. Perbincangan melalui email perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan kedua-dua pihak berpuas hati dengan pertukaran yang akan dilakukan.
Lain-lain Barang
Selain daripada buku-buku, barang-barang lain seperti pemacu CDROM terpakai,cakera keras lama atau yang seumpamanya boleh juga digunakan untuk sistem pertukaran ini.
Sila hantar mesej kepada saya dan jelaskan apakah barang yang anda ingin tukarkan supaya dapat ditentukan kesesuaiannya.
Permainan-permainan yang dikehendaki akan dihantar kepada anda sebagai balasan dalam sistem pertukaran ini.