Permainan susunan segiwarna ini adalah berasaskan permainan kiub warna yang boleh dipusing-pusingkan untuk menjadikan kesemua permukaan kiub mempunyai warna yang sama.Bagaimana pun permainan ini adalah dalam bentuk 2 dimensi dan bukannya 3 dimensi seperti permainan kiub tersebut.Pemusingannya menurut pada arah butang panah yang diklik.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah:-
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Apabila anda membuka permainan ini , susunan kotak-kotak adalah dalam keadaan tidak tersusun dalam kumpulannya.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah menyusun semua kotak-kotak tersebut supaya berada dalam kumpulan warna yang sama.
- Untuk melakukannya anda perlu gunakan tetikus dan klik pada muncung panah yang menunjukkan arah kiri, kanan, atas dan bawah.
- Apabila muncung panah diklik , kotak yang berada searah dengan muncung panah yang diklik, akan bergerak beriringan bertukar tempat.
- Disini anda perlu gunakan kreatif anda menyusun kotak-kotak warna tersebut.
- Setiap kali muncung panah dklik kotak markah yang menunjukkan markah akan berkurangan sebanyak 10 markah.
- Dan setiap saat juga markah tersebut akan berkurangan sebanyak satu markah.
- Oleh itu lebih cepat anda siapkan dan kurang mengklik untuk menyusun kotak , lebih tinggi markah yang dapat dikumpulkan.
- Apabila selesai permainan anda diberi pilihan samaada untuk memulakan permainan dengan susunan kotak yang sama pada awal permainan atau memulakan susunan tidak tersusun yang baru.
- Akhir kata semoga anda berpuas hati.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini. Dalam permainan yang sebenarnya tiada sekatan-sekatan tersebut. Bunyi juga dipadamkan dalam permainan percubaan manakala dalam permainan sebenar kesemua bunyi-bunyi dimasukkan sekali dan pemain juga boleh mengisi nama dalam ruangan pencapaian terbaik.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Susunan Segiwarna ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
susunsetupcubaan.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Susunan Segiwarna versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.