Permainan silangkata bergambar ini merupakan sebuah permainan untuk mencari perkataan tersembunyi berpandukan kepada gambar-gambar yang diberikan.
Kedudukan perkataan tersembunyi diletakkan secara melintang dan menegak serta mudah ditemui. Ia dibuat sebegini kerana permainan ini disasarkan untuk kanak-kenak peringkat rendah.
Bagaimanapun remaja dan dewasa juga boleh memainkannya secara santai dan secara tak langsung ia dapat menambah perbendaharaan kata.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah:-
sigambarsetupcubaan.zip
Perjalanan permainan.
- Apabila permainan mula dibuka anda akan dapat melihat kotak seperti di bawah.
- Anda boleh klik pada kotak tersebut atau biarkan saja sehingga kotak tersebut hilang selepas 5 saat dipaparkan.
- Setelah itu anda akan dipaparkan pula paparan seperti dibawah ini. Pada permulaan permainan 120 saat diberikan untuk anda mencari kesemua perkataan tersembunyi berpandukan gambar-gambar yang diberikan.
- Apabila menjumpai perkataan tersembunyi daripada huruf-huruf yang diselerakkan, anda perlu klik di huruf permulaan perkataan itu dan klik sekali lagi di huruf akhir yang membentuk perkataan tersebut.
- Teruskan dengan mencari perkataan-perkataan yang lain sehingga kesemua 12 perkataan tersembunyi dijumpai.
- 1 markah akan diberikan pada setiap perkataan yang dijumpai dan 1 markah akan ditolak sekiranya anda tersilap klik di jawapan yang salah.
- Selepas selesai, anda akan diberikan kumpulan gambar yang kedua di mana pada kali ini 90 saat pula diberikan untuk anda menyelesaikannya.
- Semakin pantas anda menyiapkannya, semakin banyak yang dapat anda kutip kerana setiap baki saat yang tertinggal akan dijadikan markah. 5 saat = 1 markah.
- Untuk kumpulan gambar ketiga pula 60 saat diberikan dan kumpulan gambar yang keempat 30 saat diberikan.
- Sekiranya anda berjaya menyelesaikan kumpulan gambar yang keempat ini, masa bonus akan diberikan. Masa bonus ialah baki yang tertinggal setelah baki masa tersebut dijadikan markah untuk setiap 5 saat.
Contohnya seperti ni:
Katalah untuk kumpulan gambar pertama anda berjaya menyelesaikannya dalam masa 33. Jadi 120 saat(masa yang diperuntukkan) - 33 saat = 87 saat.
Setiap 5 saat dari 87 saat tersebut akan dijadikan 1 markah. Jadi di sini anda berjaya menambah 17 markah lagi dari markah sedia ada yang telah dikumpulkan. Ada 2 lagi saat yang tidak digunakan dalam kes ini dan 2 saat ini akan dibawa ke pusingan bonus di hujung permainan.
Begitu juga untuk baki saat bagi kumpulan gambar seterusnya.
Secara ringkasnya pusingan bonus akan menyediakan tidak lebih dari 15 saat untuk anda mengutip markah seterusnya.
- Jika markah yang dikumpul berjaya mengatasai markah yang telah dikumpul pada sessi permainan yang sebelumnya maka anda berpeluang untuk meletakkan nama di kotak pencapaian terbaik.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini. Dalam permainan yang sebenarnya tiada sekatan-sekatan tersebut. Pemain juga boleh mengisi nama dalam ruangan pencapaian terbaik. Selain dari itu juga jumlah gambar yang lebih banyak dimasukkan dalan permainan silangkata bergambar versi asal.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Silangkata Bergambar ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
sigambarsetupcubaan.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Silangkata Bergambar versi asal, sila ke ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.