Permainan ingatan serupa ini adalah sebuah permainan konsep lama.Ia berdasarkan permainan 'memori' yang telah banyak dihasilkan. Bagaimanapun beberapa tambahan dibuat untuk lebih menarik minat dan mempelbagaikan lagi teknik dan variasi permainan supaya timbul ciri-ciri keunikannya.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah:-
serupasetupcubaan.zip
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada menu 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci 'F2".
- Kesemua gambar akan dipaparkan dalam lingkungan 2 saat. Kemudian gambar2 tersebut akan ditutup semula secara berperingkat.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari 2 buah gambar yang serupa. (bergantung pada mod permainan)
- Sekiranya gambar pertama yang anda klik , sama dengan gambar seterusnya yang anda klik, paparan kedua-dua gambar tersebut akan terus dipaparkan.
- Jika gambar yang anda klik ,tidak sama dengan gambar yang telah anda klik sebelumnya, maka gambar yang sebelumnya itu akan ditutup semula
- Terdapat 3 mod permainan iaitu 2 serupa, 3 serupa dan 4 serupa.
- Jumlah markah akan dikira berdasarkan bilangan klik dan jumlah masa yang digunakan untuk menyelesaikan kesemua pasangan gambar-gambar tersebut.
- Ia akan diambil dalam bentuk peratusan. Lagi banyak bilangan klik dan jumlah masa yang diambil maka lagi kurang markah yang diberikan diakhir permainan.
- Setiap mod terdapat pemenangnya yang tersendiri. Anda boleh lihat menerusi tetingkap catatan terbaik yang disediakan.
- Tiada jangkamasa di hadkan bagi setiap pemain.
- Dalam versi cubaan ini permainan akan dihentikan setelah beberapa pasangan gambar disiapkan. Bilangan klik juga dihadkan.
- Semoga anda akan berminat untuk mendapatkan permainan asal.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Ingatan Serupa ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.Kesemua tahap permainan boleh dijalankan.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Lingo Melayu 6 Abjad ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
serupasetupcubaan.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Ingatan Serupa versi asal sila ke ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.