Permainan ini adalah permainan matematik yang memerlukan kecekapan dalam pengiraan hasil tambah nombor-nombor untuk mendapatkan jumlah nilai yang bersamaan 21. Nilai 21 dipilih adalah berdasarkan daripada satu permainan terup yang sememangnya sudah diketahui umum.Permainan ini menguji congakan pemain dalam hasil tambah dan kombinasi nombor untuk menjadi seorang pakar 21.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah.
pakar21csetup.zip (72 Kbyte)
Paparan Permainan
Terdapat beberapa grafik rekabentuk latar dalam permainan ini menurut tahap-tahap yang disediakan. Sila klik disini.
Cara Permainan
- Untuk memulakan permainan klik pada menu 'Fail' - 'Mulakan Permainan' atau tekan kekunci 'F2'.
- Terdapat ruangan lajur-lajur hitam dimana nombor-nombor akan diisi diruangan ini untuk mendapatkan nilai 21.
- Kemudian disediakan 2 bebola nombor di bahagian tengah/bawah (satu diatas dan satu dibawah).
- Gunakan kekunci anak panah 'kiri' dan 'kanan' untuk menggerakkan nombor tersebut.
- Letakkan nombor yang digerakkan tersebut diruang-runag hitam yang disediakan apabila kedudukan nombor berada dilajur ruangan tersebut.
- Untuk meletakkan nombor tersebut ke atas tekan kekunci anak panah 'atas'.
- Kemudian nombor yang berada dibahagian bawah akan naik keatas dan sebuah nombor lain akan menggantikan nombor dibahagian bawah tersebut.
- Terdapat 90 nombor disediakan bagi setiap 'stage'. Anda boleh melihat jumlah nombor yang tinggal menerusi paparan 'Bil Nombor'.
- Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan hasil tambah nombor-nombor yang ingin diletakkan dilajur hitam mestilah bersamaan dengan 21. Nombor-nombor tersebut akan hilang dan markah akan diberikan.
- Setiap 10 saat (untuk stage pertama), batu - batu akan diletakkan di ruangan hitam untuk menutup nombor tersebut.
- Batu-batu tersebut akan dibuka semula sekiranya anda berjaya mendapatkan hasil tambah 21 di lajur-lajur hitam dimana batu-batu tersebut diletakkan.
- Gunakan kekunci anak panah 'bawah' untuk menukar bebola nombor dibahagian atas dan bawah.
- Terdapat 6 enam 'stage' kesemuanya. Anda perlu melepasi tahap markah yang telah ditetapkan untuk meneruskan permainan ke 'stage' yang seterusnya.(Ia telah dihitung dengan sebaik mungkin dan mengikut rasional permainan...)
- Sebagai pemberitahuan , penutupan batu-batu akan berkurangan sebanyak 2 saat bagi setiap 'stage' untuk memberi cabaran dalam kekuatan congakan pemain untuk mendapatkan hasil tambah 21.
- Sebagai bonus mungkin anda dapat melihat 'source code VB untuk Form utama' permainan ini sekiranya anda berjaya sampai dan menyelesaikan 'stage' terakhir permainan ini. (Versi asal)
- Selamat mencuba.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Pakar 21 ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Pakar 21 ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
pakar21csetup.zip (72 Kbyte)
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Pakar 21 versi asal sila ke ruangan senarai Permainan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga dan cara pembayaran.