Setelah fail disalin masuk ke dalam komputer, ia perlu dijalankan.
Sekiranya sistem komputer anda mempunyai perisian Winzip, paparan seperti di bawah ini akan dipaparkan apabila fail permainan yang anda salin masuk, dibuka.
Melalui paparan tersebut anda hanya perlu klik pada Next beberapa kali sebelum dipaparkan dengan butang Install Now.
Klik pada butang Install Now, anda akan dipaparkan pula dengan paparan seperti dibawah ini.
Apabila anda klik pada OK, fail permainan akan di install kedalam komputer anda dan paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
Selepas 'bar progres' berakhir maka permainan telah pun selesai diinstall ke dalam komputer anda.
Ikon pintasan akan diletakkan di muka depan 'desktop' monitor untuk memudahkan permainan dibuka.