Permainan Tetris Nombor ini adalah seperti juga permainan tetris tetapi ia menggunakan nombor sebagai objeknya. Dengan susunan nombor yang betul , ia akan hilang atau terpadam dan susunan perlu terus diusahakan untuk mengumpul markah.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah.
nomborcubaansetup.zip (72 Kbyte)
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci F2.
- Dua nombor akan kelihatan.satu diatas dan satu dibawah.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah menyusun nombor yang jatuh tersebut menggunakan kekunci arah panah.
- Nombor akan bergerak mengikut arah anak panah yang ditekan sama ada kekiri, kekanan atau kebawah.
- Dan kekunci anak panah keatas adalah untuk menukar nombor yang sedang jatuh dengan nombor yang kelihatan dibahagian atas.
- Anda juga boleh menyusun nombor tersebut dalam bentuk yang sama nombor tetapi markah adalah kurang berbanding dengan susunan yang berturutan.
- Apabila susunan nombor anda melebihi 3 menurut apa yang dikehendaki maka nombor-nombor tersebut akan hilang.
- Dan anda perlu menyusun nombor yang keluar seterusnya.
- 10 markah akan diberi bagi susunan berturutan dengan 3 nombor,20 markah bagi susunan berturutan 4 nombor dan seterusnya.
- 5 markah bagi 3 nombor yang sama , 10 markah bagi 4 nombor yang sama dan begitulah seterusnya.,
- Jika dengan satu nombor yang anda letakkan berjaya menyelesaikan lebih dari 1 kumpulan susunan maka setiap markah tersebut akan dikali dengan berapa jumlah kumpulan penyelesaian yang dibuat. (Markah Berganda).
- Setiap 1 minit permainan ,jatuhan nombor- nombor akan dipercepatkan.
- Oleh itu jika lebih cepat anda menyiapkan dan mengumpul markah maka markah akan tersedia dengan lebih tinggi setiapkali cepatan yang dilakukan.Oleh itu lebih selamat.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Tetris Nombor ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Tetris Nombor ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
nomborcubaansetup.zip (72 Kbyte)
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Tetris Nombor versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.