Setelah bayaran dibuat, anda boleh mendapatkan permainan ini dengan berbagai cara.
- Muatturun atau 'download' permainan melalui kepilan atau 'attachment' di kotak email anda.
- Penghantaran disket ke tempat anda.Sila klik di sini untuk penerangan lanjut.
- Atau muatturun melalui laman web yang akan disediakan khas untuk anda.
Jika anda tidak mempunyai email, anda boleh mendapatkan permainan-permainan yang dibeli menerusi laman web yang akan disediakan khas untuk anda.
Setelah bayaran dibuat, sila hantar mesej mengenai bayaran tersebut dan permainan yang dikehendaki menerusi 'kotak penghantaran mesej' yang telah disediakan.
Perlu nyatakan sekali no telefon bimbit anda untuk memudahkan saya menghubungi semula.
Atau pun anda boleh juga menghantar 'sms' atau mesej ringkas ke no 0192573051 dan nyatakan bayaran yang dibuat serta permainan yang dikehendaki.
Setelah saya pastikan bayaran yang telah dibuat, saya akan hantarkan alamat web dimana anda boleh muatturun permainan-permainan yang dikehendaki tersebut.
Contoh sms yang akan saya kirimkan seperti berikut.
Maksud penuh sms di atas ialah : Address to download game: http://www15.brinkster.com/affendi Password: AA123456789ZZ
Bagaimana Untuk Muatturun
Apa yang perlu anda lakukan ialah
- Buka 'Internet Explorer' atau browser lain yang anda gunakan untuk melayari Internet.
- Taipkan alamat pada 'Address' browser tersebut sama seperti yang telah diberikan pada sms anda.(seperti contoh: http://www15.brinkster.com/affendi)
- Tekan Enter atau klik pada 'go' untuk membolehkan anda pergi ke alamat laman web tersebut.
- Menerusi laman web ini anda boleh muatturun permainan yang akan disediakan.
- Gunakan juga 'password' atau katakunci yang diberikan untuk install fail permainan yang telah dimuatturun.