Permainan Lingo Melayu 7 Abjad ialah permainan meneka dan membina perkataan yang terdapat dalam tatabahasa Melayu.Perkatan-perkataan yang perlu dibina adalah perkatan-perkataan yang terdiri daripada 7 abjad. Oleh itu ia dinamakan Lingo Melayu 7 Abjad.
Hanya sesuai untuk komputer yang menggunakan resolusi skrin - 1024 x 768
Terdapat 6 kali cubaan diberikan untuk para pemain untuk menjawab perkataan yang betul. Setiap kali percubaan dibuat, warna-warna latar akan diletakkan pada abjad-abjad tersebut sebagai pembayang untuk membuat percubaan seterusnya. Warna hijau menandakan bahawa abjad tersebut terletak dikedudukan yang tepat bagi perkataan tersebut. Warna kuning pula menandakan abjad itu memang wujud dalam perkataan, tetapi kedudukan turutannya tidak tepat untuk membina perkataan tersebut. Warna merah pula menunjukkan bahawa abjad yang anda masukkan itu langsung tidak wujud dalam perkataan yang sedang dicari. Berdasarkan pembayang warna yang telah diberikan itu, pemain perlu menggunakan kemahiran dan kekuatan minda untuk mencari perkataan yang betul dalam percubaan seterusnya.
Untuk mencuba permainan Lingo Melayu 7 Abjad versi cubaan, sila klik pada fail setup yang disediakan di bawah.
lm7acsetup.zip (1.3 Mbyte)
Paparan Permainan
Cara Permainan
Muatturun fail chm yang telah disediakan menerusi link di bawah untuk penerangan terperinci mengenai cara permainan.
bantuan.zip
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Lingo Melayu ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.Jumlah perkataan juga lebih banyak dalam versi asal.
Harga permainan = RM 10.00. Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda boleh menghantar mesej kepada saya untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui harga-harga yang ditawarkan untuk setiap permainan yang lain, sila ke ruangan senarai permainan.