Permainan ini adalah permainan mencari perkataan.Anda dikehendaki meneka manakah perkataan yang dibina berdasarkan daripada huruf-huruf yang diberikan.
Untuk mencuba permainan 5 Padanan Abjad versi cubaan, sila klik pada fail yang disediakan di bawah.
limasetupcubaan.zip (72 Kbyte)
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Apabila permainan dimulakan terdapat beberapa perkataan yang diatur mengelilingi ruangan abjad-abjad.
- Klik pada 'Fail' - 'Mulakan Permainan' untuk memulakan permainan.
- Apabila permainan dimulakan terdapat beberapa huruf di ruangan tengah diterangkan.
- Apa yang perlu dilakukan ialah memilih mana satu perkataan yang dibina berdasarkan daripada huruf-huruf yang diterang itu.
- Sebagai contohnya jika huruf 'A' 'T' 'P' dan 'E' diterangkan( highlight ). Maka anda perlu klik pada perkataan manakah yang dibina menggunakan A,T,P dan E tersebut. TEPAT dan TETAP adalah jawapan yang betul bagi contoh ini.
- Jika jawapan anda betul perkataan tersebut akan dihilangkan.
- Kemudian abjad-abjad lain pula yang akan diterangkan dan pilih perkataan mana yang betul.
- Jika pilihan anda salah , saat dibawah akan di tolak 10.
- Jadi anda perlu selesaikan semua jawapan sebelum saat mencapai kosong.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan 5 Padanan Abjad ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.Jumlah perkataan juga lebih banyak dalam versi asal.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan 5 Padanan Abjad ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
limasetupcubaan.zip (72 Kbyte)
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan 5 Padanan Abjad versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.