Kosa Kata 7 Abjad adalah sebuah permainan membina perkataan daripada susunan huruf-huruf yang tidak teratur.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah:-
kosasetupcubaan.zip
Paparan Permainan
Objektif Permainan
Setiap pemain perlu meletakkan huruf-huruf yang telah diselerakkan di bahagian bawah untuk mendapatkan sebuah perkataan yang dikenali dibahagian atas. Penyusunan dilakukan mengikut turutan dari sebelah kiri ke sebelah kanan. Penyusunan huruf-huruf tersebut perlu dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Bar masa yang berwarna di sebelah bawah, memberi gambaran mengenai kedudukan masa semasa permainan. Peluang diberikan sebanyak tiga kali untuk pemain meneka perkataan yang sepatutnya diberikan. Sekiranya jawapan pertama yang diberikan tidak menepati seperti apa yang dikehendaki oleh komputer , maka tanda bintang di sebelah kiri bawah akan terpadam sekaligus menunjukkan jumlah peluang yang ada untuk para pemain memberikan jawapan. Dalam permainan ini senarai jawapan hanya terbatas kepada perkataan yang mempunyai tujuh abjad sahaja.
Cara dan Teknik
- Apabila program mula dibuka pemain akan dapat melihat butang SEDIA dipaparkan. Sekiranya telah bersedia untuk memulakan permainan, tekan butang sedia ini.
- Setelah butang sedia ditekan , beberapa buah huruf akan diletakkan di ruang kosong dibawah.
- Klik pada salah satu huruf-huruf tersebut dan serta-merta huruf tersebut akan bergerak ke bahagian ruang kosong di atas.
- Terdapat bebola kecil yang berwarna merah berkelip-kelip di sebelah atas ruang kosong . Bebola ini menandakan kedudukan huruf yang akan diletakkan sekira huruf disebelah bawah ditekan atau diklik.
- Seperti yang diketahui huruf-huruf disebelah bawah adalah sebuah perkataan di mana kedudukan huruf-hurufnya yang tidak tersusun. Pemain perlu menekan huruf-huruf tersebut satu persatu menurut giliran susunan yang betul di sebelah atas.
- Sekiranya terdapat kesilapan semasa menekan huruf-huruf tersebut, pemain hanya perlu menekan semula huruf yang berada disebelah atas untuk diletakkan semula ke bahagian bawah.
- Barmasa akan terus semakin berkurangan. Anda perlu siapkan perkataan tersebut sebelum barmasa ini habis.
- Setelah kesemua huruf-huruf diletakkan di bahagian atas butang OK akan kelihatan. Klik pada butang OK ini untuk membuat pemeriksaan sama ada perkataan yang telah dibina tersebut betul atau salah.
- Sekiranya perkataan yang dibina bertepatan dengan jawapan yang dikehendaki, maka markah akan diberikan berdasarkan panjang barmasa yang masih tinggal.
- Sekiranya terdapat huruf-huruf yang bertepatan dengan kedudukan untuk membina perkataan yang dikehendaki, maka huruf tersebut akan bertukar kepada warna hijau dan akan terus menetap disitu.
- Tanda bintang disebelah kiri bawah akan berkurangan sekiranya jawapan yang diberikan tidak bertepatan dengan jawapan sebenar. Tiga peluang diberikan untuk pemain membina perkataan yang betul.
- Permainan akan tamat sekiranya
- Pemain gagal untuk membina perkataan yang betul dalam jangka masa yang diberikan, yakni barmasa habis.
- Ketiga-tiga peluang atau tanda bintang yang diberikan habis tanpa dapat menyelesaikan perkataan yang dikehendaki.
- Setelah permainan tamat, kotak 'Pencapaian Terbaik' akan dipaparkan. Sekiranya jumlah markah yang diperolehi dari permainan melebihi dari jumlah markah yang tersimpan di ruangan ini maka pemain berpeluang untuk meletakkan namanya di ruangan tersebut berdasarkan jumlah markah yang terkumpul.
Paparan Pencapaian Terbaik
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini. Dalam permainan yang sebenarnya tiada sekatan-sekatan tersebut. Bunyi juga dipadamkan dalam permainan percubaan manakala dalam permainan sebenar kesemua bunyi-bunyi dimasukkan sekali dan pemain juga boleh mengisi nama dalam ruangan pencapaian terbaik. Selain dari itu juga terdapat penambahan dalam jumlah keseluruhan perkataan dalam permainan Kosa Kata versi asal.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Kosa Kata 7 Abjad ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
kosasetupcubaan.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Kosa Kata versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.