Sambungan dari laman ini
Kali ini saya berminat untuk bercerita mengenai penulisan Jawi. Baru-baru ni Utusan Malaysia telah mewujudkan semula ruangan sisipan akhbar bertulisan Jawi. Oleh itu saya tertarik untuk mengetahui bagaimana ia ditulis menerusi komputer.
Tulisan Jawi tak jauh bezanya dengan tulisan Arab, jadi pemproses perkataan untuk penulisan sebegini memang telah dihasilkan.
Bagaimana pun sukar memikirkan bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang boleh bergerak dari kanan ke kiri. Saya cuba hasilkan sebuah perisian untuk menulis jawi tapi ia memang sukar dari yang dijangkakan. Walaupun beberapa masalah telah berjaya diatasi tapi masih terasa seperti ada kelonggaran dalam kod-kod yang dimasukkan.
Selain tulisan jawi saya juga ingin menghasilkan permainan seperti roda impian. Tak pasti lagi bila boleh siap permainan ni.
Entah macammana tiba-tiba datang ilham untuk menghasilkan permainan tic tac toe. Tapi saya ingin buat permainan ni dalam bentuk 3d. Di mana pemain akan lawan dengan komputer dan pemain perlu mendapatkan 3 buah garis penyelesaian. Idea untuk permainan ini masih terawang-awang dalam kepala. Saya tak pasti sama ada ia akan benar-benar akan difahami oleh pemain apabila dihasilkan nanti.
Perkara yang susah bagi saya sekarang ni ialah bagaimana untuk memaparkan 3d kiub tu nanti. Ada beberapa teknik yang saya fikirkan. Kalau boleh saya mahu supaya pengguna boleh nampak dan mudah memahami permainan ni.
Seperkara lagi, saya ingin memperkatakan mengenai permainan dam haji. Ianya masih dalam peringkat pembinaan. Sudah 2 buah kod saya buat untuk permainan ni. Tapi ianya masih belum memuaskan hati. Lagipun permainan dam haji ini lebih kurang sama dengan permainan seperti chekers dan ...saya dah lupa namanya. Dan permainan ini juga telah pernah dihasilkan, jadi ia sedikit-sebanyak mengurangkan minat saya untuk mempercepatkan pembinaan permainan dam haji ini. Apa yang membezakannya ialah apabila buah kita dah sampai haji, pergerakan dam haji lebih fleksibel dan luas berbanding permainan checkers di mana hanya 1 tapak pergerakan sahaja.
bersambung...