Untuk membeli permainan-permainan yang terdapat disini anda boleh membuat bayaran terus ke akaun Maybank yang bernombor 112183183268.
Bagaimanapun mungkin terdapat kesulitan bagi sesetengah individu untuk berurusan melalui cara ini. Oleh itu bagi mereka yang lebih selesa untuk membuat kiriman menerusi wang pos, disini di terangkan cara-cara untuk membuat pembayaran menerusi kiriman wang pos di pejabat-pejabat pos berhampiran.
Sebelum pergi ke pejabat pos apa yang perlu anda sediakan ialah:-
- Sekeping surat yang mengandungi nama anda, alamat email anda serta nama permainan yang dikehendaki.Contohnya seperti dibawah:-

- Sampul surat yang tertulis alamat rumah saya.
Khairul Affendi bin Aidin
B6-1-2, Jalan Putra Permai 2
Taman Equine,43300
Bandar Putra Permai
Selangor Darul Ehsan

- Wang tunai secukupnya untuk harga permainan + RM 1.50 (lebih kurang) untuk harga perkhidmatan wang pos serta setem.
Apabila sampai ke pejabat pos, seperti biasa jika nasib kurang baik anda terpaksa beratur untuk menunggu giliran. Dan apabila sudah sampai pada giliran anda untuk berurusan, sila beritahu pada pegawai pos tersebut bahawa anda ingin membeli wang pos bernilai RM_.00 (harga permainan) dan setem 30c. Sedikit bayaran tambahan akan dikenakan untuk harga slip wang pos tersebut.
Setelah urusan pembelian wang pos dan setem selesai, apa yang perlu dilakukan ialah:-
- Tuliskan nama saya pada ruangan Bayar kepada di wang pos tersebut.(Sila semak pada sampul surat).
- Tulis nama anda dan alamat anda pada bahagian belakang wang pos tersebut.
- Jangan lupa ceraikan bahagian tepi sebelah kiri wang pos tersebut untuk simpanan anda.
- Setelah itu lipat atau balut wang pos yang akan dikirimkan dengan surat kiriman yang telah anda sediakan, lalu dimasukkan kedalam sampul surat.
- Tampalkan setem pada sampul surat tersebut dan masukkannya ke peti pos berdekatan seperti biasa.
Sebagai tambahan mungkin masa yang paling sesuai untuk anda membuat pembayaran untuk permainan-permainan di sini, pada ketika ingin membayar bil-bil elektrik,air dan sebagainya. Dan jika anda mempunyai mesin cetak atau printer adalah lebih baik anda print (cetak) dokumen ini untuk rujukan.