Permainan 'Kayu Hitungan Nombor' ini adalah sebuah permainan konsep matematik hasil tambah. Ia digubah daripada ilham salah sebuah permainan yang menggunakan pembinaan perkataan sebagai fungsi utamanya. Bagaimana pun idea tersebut diolah dengan menggunakan hasil tambah nombor-nombor pula yang memainkan peranan dalam permainan baru yang dicipta ini. Mungkin ia akan memberi laluan yang lebih luas untuk kita sama-sama memikirkan konsep baru yang lebih menarik dan unik dalam permainan komputer yang bakal ditampilkan.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah:-
kayunomborsetup.zip
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada butang 'MULA' yang disediakan.
- Nombor-nombor rawak akan diletakkan menggantikan petak-petak kayu.
- Barmasa disebelah kiri juga akan diletakkan.
- Selain itu nombor besar disebelah kanan juga akan dipaparkan.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih nombor-nombor rawak tersebut, di mana hasil tambahnya adalah bersamaan dengan nombor besar disebelah kanan yang ditunjukkan.
- Syaratnya nombor-nombor yang dipilih perlu bersebelahan antara satu sama lain serta berturutan satu-persatu mengikut anak panah.
- Anda perlu mencubanya untuk memahami konsep permainan yang ingin ditonjolkan.
- Untuk memilih nombor-nombor rawak tersebut anda perlu klik padanya menggunakan tetikus.
- Barmasa di sebelah kiri akan semakin berkurangan.
- Sekiranya anda berjaya memilih jawapan yang betul, barmasa akan ditambah menurut berapa banyak nombor yang anda gunakan untuk mendapatkan hasil tambah tersebut.
- Dalam beberapa ketika beberapa kayu yang berlainan warna akan dikeluarkan dimana terdapat kelebihan dari segi pertambahan markah dan masa jika anda menggunakannya untuk mendapatkan jawapan.
- Dalam versi cubaan ini permainan akan dihentikan setelah beberapa kali anda berjaya menjawab dengan tepat.
- Anda boleh rujuk pada menu bantuan yang disertakan di dalam permainan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai corak permainan.
- Terima kasih.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan 'Kayu Hitungan Nombor' ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Kayu Hitungan Nombor ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
kayunomborsetup.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Kayu Hitungan Nombor versi asal sila ke ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.