Saya amat mengalu-alukan sekiranya anda berminat mendapatkan hak untuk menjual atau mengedarkan permainan-permainan yang terdapat di sini. 'Kod Sumber' permainan akan disertakan sekali dalam pakej penjualan hak pengedaran ini. Oleh itu anda bebas untuk mengubahsuai permainan-permainan ini mengikut keperluan. Secara tak langsung anda boleh mengubahsuai logo, nama permainan, maklumat untuk dihubungi dan lain-lain. Peningkatan grafik, bunyi dan sebagainya juga boleh dilakukan setelah memiliki 'Kod Sumber' permainan-permainan di sini.
Selain itu, kebebasan juga diberikan bagaimana bentuk penjualan atau pengedaran yang ingin anda lakukan. Ia boleh dilakukan sama ada menerusi internet, CD, MLM atau lain-lain proses penjualan untuk promosi barangan anda.
Lokasi pengedaran juga bebas sama ada di dalam atau luar negara.
Harga untuk mendapatkan hak pengedaran ini adalah sebanyak RM5000. Anda boleh memilih mana-mana 10 permainan yang diperlukan. Sokongan awal secara teknikal juga akan diberikan.
Perjanjian secara hitam putih perlu dan akan disempurnakan untuk mengukuhkan lagi proses penjualan hak tersebut.
Syarat dan Peraturan.
Saya tidak berhak untuk menuntut sebarang bayaran atau komisyen dari pihak anda setelah hak pengedaran ini diberikan.
Anda bebas untuk membuat perubahan pada permainan tersebut.
Bentuk penjualan juga tidak terhad.
Harga permainan juga terpulang kepada pihak anda untuk menentukannya.
Saya masih berhak untuk menjual permainan-permainan tersebut dan seterusnya akan bersaing secara adil dengan pihak anda.
Objektif
Untuk menggalakkan budaya penghasilan perisian-perisian pembelajaran dan minda di kalangan warga kita amnya dan juga untuk generasi mendatang.
Memberi peluang untuk beberapa pihak/individu untuk bersaing secara sihat.
Meluaskan lagi penerimaan bentuk-bentuk perisian seperti ini.
Maklumat Terperinci
Sekiranya ingin mendapatkan penerangan yang lebih terperinci, anda bolehlah menghubungi saya menerusi email fnd1@hotmail.com atau menerusi telefon 019-2573051.
Jika ada sebarang syarat tambahan yang ingin dikemukakan, kita boleh membuat pertemuan lantas berbincang mengenainya.