Di sini terdapat beberapa buah permainan 'Javascript', permainan 'Flash' dan perisian utiliti. Ia dihasilkan untuk pembelajaran dan sebagai eksperimen untuk mendalami bidang-bidang berkaitan. Selain dari itu untuk menonjolkan kemahiran yang ada dalam bidang pengaturcaraan ini. Ia disediakan secara percuma dan mungkin juga berguna untuk menambah koleksi perisian yang anda miliki.
|
Permainan Tetris Javascript
Permainan ini dihasilkan menggunakan kod 'Javascript'. Peraturan untuk permainan ini sememangnya sudah diketahui umum dan anda boleh lihat 'kod sumber' permainan ini sekiranya berminat untuk mempelajarinya.
|
Permainan Memori Javascript
Permainan ini juga dihasilkan menggunakan kod 'Javascript'. Peraturan untuk permainan ini mudah saja dimana anda perlu memilih dua gambar yang sama secara berturutan sehingga kesemua gambar-gambar dibuka.
|
Permainan Susun Nombor Javascript
Sebuah lagi permainan yang saya hasilkan menggunakan kod 'Javascript'.Susun nombor yang diselerakkan mengikut susunan. Klik pada nombor-nombor untuk mengubah kedudukannya.
|
Permainan Sama padam Javascript
Permainan sama padam javascript ini, saya tidak siapkan sepenuhnya tetapi anda boleh membuat penambahan dan pengubahsuaian jika berminat untuk mendalami aturcara Javascript.
|
Perisian Konfigurasi Menu
Sebuah perisian utiliti yang dihasilkan untuk membolehkan anda untuk menyembunyikan beberapa 'menu' yang terdapat di 'Start Menu'. Hanya sesuai untuk Windows 98 & Me. Sila klik pada ikon di sebelah untuk 'salin masuk' perisian tersebut.
|
Perisian Suis CD
Perisian untuk memudahkan anda membuka dan menutup CDROM anda hanya melalui tetikus. Seelok-eloknya letakkan perisian ini di muka depan 'Desktop' monitor atau di 'Quick Launch' bar.
|
Permainan Orang Gantung Flash
Permainan pertama yang saya cuba hasilkan menggunakan flash 'actionscript' dengan tujuan untuk mempelajari dan mendalami perisian Macromedia Flash.
|
Nada Dering @ RingTones
Terdapat beberapa buah nada dering yang telah dihasilkan. Dari ruangan ini juga anda boleh mencuba perisian 'Penterjemah Ringtone' yang ringkas dan mudah digunakan.
|
Pusat Terjemahan Melayu English
Peralatan ini adalah antara eksperimen yang sedang saya usahakan. Ia akan memudahkan proses terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa English. Algoritma disebaliknya memang agak kompleks.
|
Permainan Dam Roket
Anda boleh muatturun permainan percuma Dam Roket. Permainan ini diubahsuai dari permainan dam ular yang biasa dimainkan.
|