Terdapat sesetengah individu yang mahu supaya penghantaran permainan dilakukan melalui disket ke rumah/pejabat mereka. Mungkin mereka lebih selesa meng'install' permainan-permainan tersebut melalui disket ke komputernya.
Ia boleh dilakukan, bagaimanapun tambahan RM3.00 diperlukan bagi kos disket dan khidmat penghantaran pos berdaftar.
Tapi kos ini hanya untuk alamat-alamat yang berada didalam negara sahaja (Malaysia). Kalau luar negara saya rasa lebih baik anda terima permainan-permainan ini melalui email saja.
Alamat surat menyurat juga perlu dinyatakan dengan jelas.
Sekiranya jumlah harga permainan-permainan yang dikehendaki = RM 18.00 maka, jika anda mahu ia dihantar dalam bentuk disket, jumlah bayaran yang perlu dibuat = RM21.00.
Setelah bayaran diterima, sekeping (atau 2 keping) disket yang mengandungi permainan-permainan tersebut akan dihantar ke alamat yang anda berikan.
Kiriman akan buat dalam bentuk pos berdaftar untuk memastikan penghantaran selamat sampai ke tangan anda.
Sila hantar mesej jika terdapat sebarang persoalan.