Permainan Dam Roket merupakan permainan yang diubahsuai berasaskan daripada permainan dam ular (Snake and Ladder) yang telah biasa dimainkan. Ia menggunakan kiraan nilai dadu untuk membuat perjalanan. Permainan ini diberi secara percuma.
Hanya 2 pemain sahaja yang boleh memainkan permainan ini dalam satu masa.
Untuk mencuba permainan percuma ini, sila klik pada fail setup yang disediakan di bawah.
damroketsetup.zip (72 Kbyte)
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Apabila memulakan permainan anda diminta untuk memasukkan terlebih dahulu nama para pemain.
- Setelah nama dimasukkan, pemain perlu klik atau tekan pada anak panah hijau yang menunjukkan kepada nama bagi pemain tersebut.
- Setelah anak panah hijau ditekan, dadu yang berada di atas akan berubah-ubah nilainya.
- Perubahan dadu bergantung pada berapa lama masa yang diambil apabila menekan anak panah hijau.
- Setelah nilai dadu diperolehi, buah untuk pemain akan dijalankan menurut nilai dadu tersebut.
- Permainan dijalankan mengikut giliran.
- Sekiranya kedua-dua dadu mendapat nilai yang sama, pemain tersebut akan dapat membuat perjalanan sekali lagi.
- Sekiranya buah pemain jatuh di tempat roket, maka buah tersebut akan naik mengikut arah roket tersebut.
- Sekiranya buah dadu berakhir di tempat 'tahi bintang jatuh', maka buah pemain tersebut akan turun ke bawah menurut arahnya.
- Dan jika buah pemain terletak di tempat bintang, maka soalan akan dikemukakan kepada pemain
- Sekiranya pemain tidak dapat menjawab soalan dengan betul maka pemain tersebut akan hilang satu giliran.
Pemenang dikira berdasarkan siapa yang berjaya sampai ke petak 100 menurut bilangan dadu yang betul-betul tepat.
Senarai Soalan
Sebenarnya senarai soalan yang dimasukkan dalam perisian ini dibuat secara ala kadar. Tujuan permainan ini disebarkan untuk membolehkan penjualan kod sumber kepada pengaturcara-pengaturcara atau pelajar yang berminat untuk mendapatkannya. Dengan itu mereka berpeluang untuk memasukkan soalan-soalan sendiri dalam perisian yang dihasillkan nanti.
Perlu diketahui bahawa soalan-soalan yang dikeluarkan dalam permainan ini adalah secara rawak (tidak tentu). Dan jumlah soalan yang tidak terhad boleh dimasukkan dalam perisian ini.
Kod Sumber
Jika anda berminat untuk mendapatkan 'source code' atau kod sumber bagi permainan Dam Roket ini sila klik di sini.