Permainan ini berbentuk matematik . Ia menguji kepantasan kita membuat pengiraan (congakan) hasil tambah dan menjawab dengan tepat. Ruangan jawapan -jawapan disediakan untuk memudahkan para pemain menjawab soalan yang diberikan, dengan mengklik pada jawapan tersebut.
Untuk mencuba permainan ini , klik pada fail yang disediakan di bawah.
congakcsetup.zip (72 Kbyte)
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci F2.
- Hasil tambah 2 nombor akan keluar melalui petak- petak yang melingkar di sekeliling permainan dan bertanda hijau. Ini diikuti dengan hasil tambah lain yang menurutinya.
- Apa yang perlu dilakukan ialah meneka berapa hasil tambah dua nombor tersebut dan klik pada butang-butang jawapan yang disediakan ditengah-tengah.
- Butang - butang jawapan adalah daripada nombor 1 hingga 100 tersusun dengan teratur.
- Jika butang jawapan yang anda klik bersamaan dengan hasil tambah 2 nombor yang berlatar belakangkan warna hijau tersebut, maka hasil tambah hijau tersebut akan terpadam.
- Kedudukan warna hijau akan berpindah kepada hasil tambah 2 nombor dibelakangnya.
- Anda perlu meneka dengan betul dan klik pada butang jawapan untuk hasil tambah tersebut pula.
- Jika tekaan anda silap pergerakan hasil tambah tersebut akan bergerak kehadapan.
- Dan permainan akan tamat sekiranya putaran pergerakan hasil tambah tersebut sampai di tempat terakhir yang bertanda X.
- Markah dikira berdasarkan berapa jumlah soalan yang dapat anda selesaikan.
- Pergerakan putaran akan menjadi semakin laju dari masa ke semasa.Oleh itu cuba jawab dengan pantas untuk setiap soalan yang diberikan.
- Setakat ini saja penerangan yang dapat di berikan.
- Akhir kata semoga anda berpuas hati.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Congak & Jawab ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Congak & Jawab ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
congakcsetup.zip (72 Kbyte)
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Congak & Jawab versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.