Permainan ini adalah permainan mencari perkataan tersembunyi disebalik huruf-huruf yang diatur secara rawak. Konsep permainan ini telah sedia diketahui umum. Tujuan saya menghasilkannya untuk melengkapkan genre permainan perkataan yang telah dibina sebelum ini.
Untuk mencuba permainan ini sila klik pada fail yang disediakan dibawah:-
bahasasetupcubaan.zip
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Anda perlu mencari perkataan-perkataan yang dipaparkan sebelah kanan, di dalam kotak huruf-huruf yang telah diselerakkan.
- Arah susunan sesuatu perkataan sama ada melintang, menegak ,mengereng dengan posisi yang betul atau terbalik.
- Anda perlu mengklik pada huruf permulaan dan huruf terakhir sesuatu perkataan menurut tanda garisan yang akan menuruti pergerakan tetikus.
- Sekiranya perkataan tersebut betul maka perkataan yang dipaparkan tersebut akan dikaburkan.
- Terdapat 13 perkataan kesemuanya dalam setiap kali permainan.
- Pemain yang paling pantas menyiapkan kesemua perkataan akan berpeluang untuk mengisi nama sebagai pencatat terbaik.
- Tidak ada had masa ditetapkan.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini. Dalam permainan yang sebenarnya tiada sekatan-sekatan tersebut.Dalam permainan cubaan kesemua jawapan sengaja ditandakan. Dalam permainan sebenar kesemua soalan anda boleh jawab tanpa sekatan.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Bahasa Crossword ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
bahasasetupcubaan.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Crossword versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.