Permainan ini adalah permainan lama dimana pemain dikehendaki menyusun semula gambar yang telah dikucar-kacirkan. Tukarkan kotak-kotak gambar secara berpasangan untuk menjadikan gambar asal yang lengkap dan sempurna.
Untuk mencuba permainan ini sila klik fail yang disediakan dibawah:-
atursetupcubaan.zip
Paparan Permainan
Cara Permainan
- Apabila permainan dimulakan terdapat beberapa susunan gambar dalam bentuk kotak-kotak yang tidak tersusun.
- Apa yang perlu dilakukan ialah menyusun kedudukan kotak- kotak tersebut supaya ia menjadi sebuah gambar yang lengkap dan sempurna.
- Untuk menyusun kotak - kotak gambar tersebut ialah dengan mengklik pada 2 buah kotak diantara kotak-kotak tersebut untuk menukar kedudukannya.
- Apabila 2 kotak gambar diklik , kedudukannya akan bertukar antara satu sama lain.
- Terdapat 2 peringkat dalam penyusunan atau pengaturan gambar-gambar tersebut.
- Peringkat pertama , keluasan kotak-kotak gambarnya adalah besar sedikit dan penyusunannya agak mudah untuk diselesaikan.
- Peringkat kedua pula keluasan kotak-kotak gambar tersebut akan lebih kecil , tetapi mempunyai gambar yang sama dengan peringkat pertama.
- Oleh itu jika anda dapat mengingati gambar dengan baik pada peringkat pertama, ia dapat membantu dalam menyelesaikan peringkat kedua tersebut.
- Setiap gambar ada pemegang rekodnya masing - masing. Jika penyelesaian dapat dibuat bagi kedua-dua peringkat dengan lebih pantas dari pemegang rekod , anda akan dapat meletakkan nama menggantikan pemegang rekod gambar tersebut.
- Anda boleh menukar gambar - gambar yang ingin diselesaikan dengan memilih salah satu gambar pada ruangan menu 'Pilihan' yang disediakan.
- Terdapat 12 gambar untuk diselesaikan.
- Hanya setakat ini saja penerangan untuk permainan ini.
- p/s: Untuk mendapatkan hasilkan gambar yang baik pastikan penggunaan jumlah warna yang
lebih besar pada 'Display Properties'.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu.Hanya paparan pertama sahaja yang diberikan untuk anda cuba menyelesaikannya. Dalam versi asal kesemua gambar ada boleh dimainkan tanpa sebarang sekatan.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Atur Gambar ini sila klik pada fail yang disediakan di bawah:-
atursetupcubaan.zip
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Atur Gambar versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.