Sambungan dari Artikel sebelum ini
Pacman
Pac-Man merupakan antara permainan arked yang sangat terkenal suatu masa dahulu.Ia dikeluarkan oleh Namco.Menerusi game ini , pemain perlu mengawal pergerakan pacman (ikon berbentuk kepala) dilorong-lorong sambil menelan biji-biji yang memenuhi lorong tersebut. Selain dari itu terdapat musuh-musuh yang juga dikenali sebagai hantu cuba untuk mengejar dan memerangkap pacman.Jika pacman ini dapat menelan 'buah azimat'(biji yang lebih besar) yang disediakan di tempat-tempat tertentu , maka ia mempunyai kekebalan untuk menangkap pula hantu-hantu tersebut sambil mengutip markah. Hantu-hantu tersebut pula terpaksa melarikan diri daripada Pacman dalam suatu ketika masa yang ditentukan. Selain dari itu terdapat buah-buah yang bergerak sebagai penambah markah sekiranya pemain berjaya menelan buah-buah tersebut. 3 kali cubaan (nyawa) disediakan pada peringkat awal dan akan ditambah jika markah terkumpul berjaya mencapai paras tertentu.
Pergerakan Pac-Man 20% lebih pantas jika melalui lorong yang tiada biji (telah ditelan) berbanding dengan masa yang diambil untuk menelan biji-biji tersebut.
Ciptaan
Salah seorang kakitangan Namco, Tohru Iwatani telah melahirkan idea untuk menghasilkan permainan Pac-Man ini setelah beliau mendapat ilhamnya ketika menikmati pizza bersama rakan-rakannya.Beliau ternampak bentuk pizza yang telah hilang salah satu potongannya.Penghasilan Pac-man arked ini mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan. 4 orang merekabentuk perkakasannya dan 4 orang lagi menghasilkan perisiannya.
Pacman telah menghasilkan pulangan yang cukup lumayan kepada pihak pengeluarnya. Ia berjaya dijual di serata dunia termasuk di Malaysia.
Catatan markah tertinggi sebanyak 3,333,360 berjaya dicapai oleh seorang penduduk Florida dengan permainan tanpa henti selama 6 jam. Berjaya melepasi kesemua 256 peringkat skrin (tahap) dengan hanya menggunakan satu nyawa pacman saja.
Pada masa ini terdapat berbagai versi dan klon PacMan telah dihasilkan dan salah satu darinya - MsPac yang telah dihasilkan oleh J.P.Rowan.
Saya telah menyediakan permainan PacMan versi Flash yang telah dihasilkan oleh Francesco Pastore.
Artikel mengenai permainan di sini akan ditambah dari masa ke semasa. Harap maklum.