Download adalah sebuah perkataan inggeris bermaksud menyalin fail-fail yang terdapat di internet masuk ke dalam komputer kita. Fail-fail tersebut sama ada dalam bentuk fail dokumen, lagu (mp3), gambar, perisian dan sebagainya.
Fail-fail yang terdapat di internet, sebenarnya pun berada di dalam komputer lain yang lebih dikenali sebagai 'server'. Saya lebih suka menggunakan istilah muatturun untuk mentakrifkan perkataan inggeris - download.
Untuk muatturun permainan atau perisian yang terdapat di sini, anda perlu klik pada link-link yang telah disediakan untuk mendapatkan fail-fail tersebut. Contohnya seperti berikut:
Setelah anda klik pada fail tersebut, kotak seperti di bawah mungkin akan dipaparkan.
Jika anda klik pada 'Save', kotak seperti yang di bawah ini pula akan dipaparkan.
Menerusi kotak ini anda boleh mengetahui tempat di mana fail tersebut akan diletakkan atau anda sendiri boleh menentukan kedudukannya.
Setelah itu proses salin masuk akan dijalankan. Bar peratus akan bergerak menunjukkan berapa peratus 'bytes' fail yang telah diterima sehingga tertera 'Download Complete.
Sekiranya bahagian 'Close this dialog box when download complete' diletakkan tanda Ö sebelum proses salin masuk selesai, kotak tersebut akan terus tutup setelah proses selesai.
Jika tidak bertanda Ö , kotak tersebut akan terus berada di situ.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik pada 'Open' untuk menjalankan menjalankan fail tersebut.
Seterusnya
Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya sila klik di sini