Di ruangan ini terdapat beberapa soalan yang sering ditanya oleh pengunjung-pengunjung laman web ini berkenaan dengan game dan pembelian di sini. Kesemua jawapan yang diberikan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda jika ada kemushykilan tertentu.
Apakah perbezaan antara game asal dan game percubaan...?
Jawapan:
Dalam game atau permainan versi cubaan , terdapat sekatan yang sengaja diletakkan. Contohnya sesetengah permainan dihadkan 3 kali sahaja untuk anda mencubanya.Kemudian anda perlu tutup dan buka semula permainan tersebut.
Tetapi dalam permainan versi asal , kesemua sekatan tersebut dihapuskan. Anda boleh bermain sehingga tamat malah boleh meletakkan nama sekiranya berjaya mengutip markah yang tinggi dalam sesuatu permainan.
Selain itu terdapat juga perbezaan, terutama dalam aspek antaramuka/grafik bagi sesetengah permainan tanpa mengabaikan kestabilan bila beroperasi di komputer anda.
Kalau saya beli game dari sini bolehkah saya copy dalam disket dan disalin dalam komputer dirumah...?
Jawapan:
Boleh, tiada masalah.
Saya akan hantar fail setup untuk permainan-permainan tersebut ke email anda dan anda boleh download masuk ke dalam komputer. Kemudian salin atau copy fail yang dihantar itu ke dalam disket.Pastikan disket tersebut mempunyai ruang kosong yang mencukupi untuk menyimpan saiz fail game tersebut.Sesetengah disket mudah rosak dan anda tidak dapat menyalin semula game tersebut ke dalam komputer di rumah.Oleh itu pastikan juga disket yang digunakan berkeadaan sempurna.
Untuk membuat pembelian sila ke ruangan senarai permainan.
Boleh tak kalau saya hantar wang guna wang pos..guna maybank lecehlah..
Jawapan:
Boleh..sila klik disini untuk penerangan terperinci.
Kenapa game yang saya download langsung tak boleh nak dibuka...?
Jawapan:
Ada beberapa sebab:
- Pertama, mungkin anda menggunakan sistem operasi Linux atau Macintosh. Game yang terdapat disini hanya boleh dijalankan dalam sistem operasi Windows (WindowsXP,Me,2000,NT,98,95).
- Kedua, mungkin komputer anda tidak mempunyai fail msvbvm50.dll.Fail ini diperlukan untuk membolehkan game-game disini dimainkan. Fail ini diberi secara percuma.Sila klik disini untuk mendapatkan fail tersebut.
- Ketiga, mungkin ada error sewaktu proses download sedang dilakukan menyebabkan keadaan fail yang diterima tidak cukup sempurna.Biasanya keadaan ini jarang berlaku. Anda boleh cuba download game-game tersebut sekali lagi. Jika masih sama , cuba periksa internet connection, modem dan keadaan browser yang digunakan.
Bagaimana saya nak cuba/download game-game disini...?
Jawapan:
Sesetengah pengunjung laman ini ada masalah untuk download game dari sini. Ini mungkin disebabkan pihak Admin atau pengurusan tempat anda bekerja tidak membenarkan sebarang fail didownload dari internet untuk disalin ke dalam komputer pejabat. Bagaimanapun mungkin anda boleh hantar alamat email kepada saya dan saya akan cuba hantar game-game yang terdapat disini ke email anda.Sila klik disini untuk menghantar alamat email dan mesej kepada saya.Kadang-kadang cara begini boleh dilakukan...bagaimanapun bergantung juga pada tahap sekuriti pihak admin..
Boleh tak kalau saya nak dapat source code game-game tu...?
Jawapan:
Boleh...Kita boleh bincang jika anda benar-benar berminat untuk mendapatkannya. Sebuah ruangan telah disediakan khas jika berminat untuk mendapatkan kod sumber atau 'source code' bagi permainan congkak.Sila klik disini.
Boleh tak saya contact en.Affendi untuk minta tolong buat sesuatu projek berkenaan programming..?
Jawapan:
Anda boleh hubungi saya dan kita berbincang mengenainya terlebih dahulu..Buat masa ni saya bekerja sebagai Technician di sebuah company di Shah Alam dan menetap di Bandar Putra Permai berhampiran dengan Puchong.
Saya nak belajar mengenai programming ni dengan Fendi...?
Jawapan:
Boleh..kalau berminat nak belajar.Cuma masalahnya saya tak ada tempat khas nak mengajar.Kalau rajin datanglah kerumah buat temujanji ke..Atau kalau panggil datang ke tempat anda pun lagi bagus..Kalau betul-betul berminat boleh telefon saya dan berbincang mengenainya...ianya amat dialu-alukan. Setakat ini saya belum pernah lagi bagi tuisyen dan sebagainya. Kalau diberi peluang saya akan berikan sepenuh komitment dan segala sumber pengetahuan yang saya ada untuk dikongsi bersama.Insyaalah...
Betulkah semua game ni awak buat sendiri atau copy dari orang lain.bukan apa cuma hendak pastikan...?
Jawapan:
Semua permainan memang dihasilkan sendiri.Kalau saudara tahu mengenai programming, mungkin saudara akan fikir saya cuma salin source code 'kod sumber' dan ubah serba sikit kemudian jual pada orang.Tidak..., saya mula dengan kosong dan terus buat bila datang idea. Cuma kalau ada 'rutin','command' atau 'function' tertentu yang saya perlu saya tahu memang saya terpaksa rujuk ke internet.Tapi yang ni 'Professional Programmer' yang paling terror pun terpaksa buat macam tu. Di sini ingin ditekankan apa yang penting ialah idea. Bagaimanakah 'sesuatu ilham' itu dapat melahirkan idea untuk dijadikan permainan yang boleh dimainkan melalui komputer.
OK...Dam ular juga boleh dijadikan permainan komputer.Tapi adakah ia idea yang bagus? Pada saya tidak, kerana corak permainannya 100% bergantung pada nasib. Malah game solitaire dan minessweeper yang terkenal tu pun banyak bergantung pada nasib untuk memainkannya.Game yang saya hasilkan adalah game yang betul-betul menguji minda dan IQ seseorang serta bergantung penuh pada kemahiran individu. Itu yang dijanjikan.
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan download...?
Jawapan:
Download bermaksud, menyalin fail-fail yang terdapat dikomputer-komputer lain untuk dimasukkan kedalam komputer kita. Fail-fail tersebut boleh jadi berupa fail dokumen, database, perisian, gambar dan sebagainya.Sila klik disini
Saya ingin menempah permainan lingo melayu 6 abjad dan telah memindahkan kredit saya ke 'handphone' encik mengikut arahan yang diberikan tapi malangnya saya tidak berjaya melakukannya....?
Jawapan:
Perkhidmatan yang disediakan oleh celcom ini sudah semestinya akan memudahkan kita untuk membuat pemindahan baki kredit dan sebagainya.Bagaimanapun saya tidak mengetahui sejauh mana tahap kestabilan perkhidmatan ni dari pihak celcom.Sebelum ini saya telah berjaya membuat beberapa pemindahan kredit ke handphone lain. Untuk memastikan sama ada pindahan kita berjaya atau tidak kita perlu tunggu sehingga celcom menghantar semula sms kepada kita memaklumkan mengenai pemindahan yang telah berjaya dilakukan.Dalam kes saudari saya tak pasti sama ada kesilapan proses semasa menaip mesej atau kesilapan pihak celcom sendiri yang tidak dapat mengesan.Untuk membeli Lingo Melayu saudari cuma perlu taip
RM6
kemudian hantar ke
10192573051
Secebis kisah - saya dan internet