Lingo Melayu adalah sebuah permainan komputer di mana pemainnya perlu melengkapkan perkataan yang terdapat dalam bahasa melayu menerusi pembayang satu abjad permulaan yang disediakan. Disebabkan permainan ini hanya menghadkan perkataan-perkataan yang mempunyai 6 abjad, oleh sebab itu ia diberi nama 'Lingo melayu 6 Abjad'.
Permainan ini menjadikan masa sebagai cabaran kepada pemain di mana pemain perlu menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan. Sebenarnya konsep permainannya agak mudah dan jika sudah biasa memainkannya, seseorang akan lebih mudah menjawab setiap persoalan yang diberikan.
Untuk mencuba permainan Lingo Melayu versi cubaan, sila klik pada salah satu dari dua fail setup yang disediakan di bawah.
lingocsetup.exe (72 Kbyte)
lingocsetup.zip (72 Kbyte)
Paparan Permainan
Paparan Permainan
- Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada menu 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci 'F2".
- Satu abjad akan keluar pada petak pertama.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah menyambung abjad tersebut menjadi satu perkataan yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Malaysia.
- Setelah itu anda perlu menekan kekunci Enter.
- Latar belakang abjad yang anda masukkan akan diwarnakan dengan warna tertentu..
- Warna hijau menunjukkan abjad yang terdapat pada baris tegak tersebut adalah betul.
- Warna kuning menunjukkan abjad tersebut ada dalam perkataan tetapi berada pada baris tegak yang salah.
- Warna merah menunjukkan abjad tersebut langsung tidak terdapat dalam jawapan. (Macam warna lampu isyarat) ..
- Setelah itu pada baris seterusnya anda boleh merujuk pada baris sebelumnya untuk meneka abjad yang patut berada pada kedudukan tersebut.
- Satu markah akan diberikan pada setiap abjad yang berlatar belakangkan warna hijau.(Abjad yang betul) .
- Sekiranya anda dapat menjawab dengan betul pada baris yang lebih awal , markah yang lebih tinggi akan diberikan pada baris tersebut.
- Sekiranya jawapan betul pada baris pertama 60 markah. 50 untuk baris kedua dan hinggalah 10 untuk baris keenam.
- Masa ditentukan 30 saat bagi setiap baris untuk dijawab.
- Permainan akan tamat sekiranya masa yang diberikan berakhir atau kesemua 6 baris yang diperuntukkan tidak menghasilkan jawapan yang tepat.
- Akhir kata selamat mencuba dan semoga anda berpuas hati.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Lingo Melayu ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.Jumlah perkataan juga lebih banyak dalam versi asal.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Lingo Melayu 6 Abjad ini sila klik pada salah satu dari dua fail yang disediakan di bawah:-
lingocsetup.exe (72 Kbyte)
lingocsetup.zip (72 Kbyte)
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Lingo Melayu 6 Abjad versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.