Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang telah dimainkan sejak kesultanan Melayu Melaka dan telah menjadi permainan warisan turun-temurun hingga kini.
Semasa kecil ,saya biasa memainkannya dengan membuat lubang di atas tanah dan menggunakan biji getah sebagai buah untuk mengisi lubang-lubang tersebut. Ada juga yang memainkannya menggunakan sebuah papan congkak yang berukir cantik dan menggunakan guli sebagai buahnya.
Untuk mengelakkan permainan ini dari dilupakan saya membina sebuah permainan congkak dan ditambah dengan peraturan dan pengiraan yang sesuai untuk dimainkan menerusi komputer.
Saya harap ia akan menjadi salah satu permainan yang akan terus mengisi komputer anda sampai bila-bila.
Untuk mencuba permainan congkak versi cubaan, sila klik pada salah satu dari dua fail setup yang disediakan di bawah.
congkakcsetup.exe (976 Kbyte)
congkakcsetup.zip (976 Kbyte)
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan 'source code' congkak dalam Visual Basic (VB5/VB6) sila klik disini.
Paparan Permainan
Cara Permainan Congkak Digital
Pertama sekali apabila permainan ini dibuka, anda akan dapat melihat paparan seperti dibawah.
Menerusi kotak ini anda diminta untuk membuat pilihan :-
- Mod Permainan :-
Untuk memilih sama ada anda ingin bermain dengan komputer atau bermain bersama rakan anda.
- Pihak memulakan Permainan :-
Pilih siapa yang akan memulakan permainan
- Jumlah buah permulaan :-
Anda juga boleh memilih jumlah buah permulaan yang anda inginkan dalam permainan congkak ini.
- Jumlah Pusingan Permainan :-
Jumlah pusingan yang akan dimainkan sebelum perkiraan mata pemenang diumumkan.
Permainan ini dihadkan untuk 5 pusingan maksimum sahaja. Pihak yang berjaya mengumpul mata pusingan yang paling banyak dikira pemenang.
Mata pusingan pula dikira berdasarkan statistik yang telah ditentukan. Ia berdasarkan perbezaan jumlah terkumpul dan 2 mata diberi bagi setiap kelebihan dari segi jumlah tikaman, bilangan jalan dan pihak terakhir yang mengakhiri pusingan.
Selain dari itu, kesemua peraturan dan cara permainan adalah sama seperti peraturan permainan congkak tradisional yang biasa kita mainkan.Ia ada dijelaskan dengan lebih terperinci dalam menu 'help' di dalam perisian permainan.
Versi Cubaan
Dalam laman web ini hanya permainan versi cubaan sahaja yang diberikan untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa sekatan diletakkan dalam permainan ini seperti berhenti di tengah permainan dan bunyi yang dihentikan. Dalam permainan yang sebenar tiada sebarang sekatan diletakkan.Anda boleh memainkan permainan Congkak Digital ini hingga selesai tanpa sebarang masalah.
Di war-warkan sekali lagi jika ingin mencuba terlebih dahulu permainan Congkak Digital ini sila klik pada salah satu dari dua fail yang disediakan di bawah:-
congkakcsetup.exe (976 Kbyte)
congkakcsetup.zip (976 Kbyte)
Dan sekiranya anda berpuas hati dan berminat untuk mendapatkan permainan Congkak Digital versi asal sila ruangan Senarai Permainan untuk mengetahui secara terperinci mengenai harga dan cara-cara untuk mendapatkannya.